Penoreh tertekan berdepan penyakit luruhan daun
Iklan
Othman berharap kerajaan menyelesaikan segera masalah penoreh getah yang berdepan masalah pendapatan.
Laporan Khas penoreh getah
JEMPOL-" Sudahlah harga getah turun mendadak, nasib kami penoreh getah ini diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga apabila berdepan penyakit luruhan daun pada pokok getah (pestalotiopsis) sejak lima tahun lalu,".
Itu antara luahan seorang penoreh getah di Felda Palong 9, Othman Parman, 66, apabila ditanya mengenai keadaannya ketika ini yang jelas kecewa kerana ia bagaikan isu tiada kesudahan.
Iklan
Iklan
"Kualitinya tidak baik, bulan ini sahaja baru 100 kilogram (kg) kita hantar ke pusat mengumpul getah (PMG) daripada keseluruhan kebiasaannya 500kg menjelang hujung bulan.
"Tetapi dah ada masalah daun gugur, harga getah lantun pula sekilogram antara RM2 hingga RM2.50 berubah-ubah ikut keadaan semasa. Kalau dapat capai 500kg pun, tolak pula hutang. Tinggal berapalah untuk tampung perbelanjaan keluarga," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Daun getah gugur akibat wabak luruhan daun di kebun milik Othman.
Katanya, dalam tempoh dua tiga hari ini hujan termasuk hari ini menyebabkannya tidak dapat ke kebun.
"Ialah walaupun kita tahu pendapatan berapa sangatlah kalau menoreh. Tidak setimpal dengan keringat yang kita curahkan, nak tak nak terpaksa juga ke kebun.
Iklan
"Dalam setahun empat ke lima kali gugur mengakibatkan susu getah merosot, hampir 40 peratus hasil pendapatan berkurangan.
"Kita mahu pemimpin dan kerajaan faham akan keperitan yang dihadapi peneroka Felda antaranya yang punca pendapatannya menoreh getah, janganlah dipandang sepi. Ambillah tindakan sewajarnya dan pantas untuk membantu golongan penoreh getah," katanya.
Media sebelum ini melaporkan disebabkan kejatuhan mendadak harga getah di pasaran menyebabkan golongan penoreh di negara ini semakin tersepit.
Ia ditambah pula dengan perubahan cuaca tidak menentu serta peningkatan kos sara hidup ketika ini sehingga menjejaskan pendapatan mereka.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.