[VIDEO] 'Usul tambahan itu bukan usul haram' - Ahmad Maslan
Iklan
Tangkap layar kenyataan dimuat naik Ahmad Maslan di Facebooknya pada Ahad.
SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan usul tambahan mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan yang dicadangkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 bukan usul haram seperti didakwa.
Beliau berkata, pihaknya telah meminta nasihat daripada peguam UMNO berhubung perkara tersebut.
Iklan
Iklan
"Usul tambahan itu pula bukan usul haram seperti tuduhan.
"Setelah episod ucapan dan cadangan wakil Negeri Sembilan yang disokong oleh wakil Terengganu, saya telah meminta nasihat-nasihat peguam UMNO.
Iklan
"Mereka menyatakan kaedah usul itu dibolehkan seperti peraturan Persidangan UMNO Perkara 20," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu media melaporkan usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan yang dicadangkan pada PAU 2022 bertentangan dengan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.
Iklan
Perwakilan UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, usul itu tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan urusetia telah melaksanakan PAU 2022 dengan penuh cermat, teratur dan tahap kecekapan yang tinggi.
"Ayuhlah kita melangkah ke hadapan dengan slogan mulia 'Bersatu- Bersetia- Berkhidmat'," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>