PAU 2022: Kesilapan masa adakan PRU15 sebab UMNO tewas

Iklan
Zawawi Othman

KUALA LUMPUR - Perwakilan UMNO Kelantan menyalahkan kesilapan masa dalam mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyebabkan parti itu tewas.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman menjelaskan, dalam politik, faktor masa dan tempat perlu sesuai bagi mencapai kemenangan.

Iklan
Iklan

"Kesalahan Kementerian Pertanian diletakkan di bahu Perdana Menteri yang asalnya daripada BN dan UMNO. Semua silap mereka, kita yang tanggung.

"Telur ini makanan asas kita hari ini. Kita buat pilihan raya semasa tidak ada telur. Sebab itulah kita tewas,” katanya semasa berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, faktor lain parti itu tewas dalam PRU15 adalah disebabkan mereka hilang sebahagian ‘roh’ UMNO seperti yang pernah diperkatakannya sebelum ini pada perwakilan.

"Apa itu roh UMNO? Bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak). Bossku dipenjarakan. Kekuatan kita sudah robek.

Iklan

"Kalau bossku ada, saya rasa tidaklah sedemikian rupa,” ujarnya.