'Trauma tiap kali hujan lebat, bimbang rumah tenggelam'
Iklan
Mohamad Sahari membersihkan perabot rumahnya yang dipenuhi kesan lumpur akibat banjir pada Khamis. Gambar kecil: Mohamad Sahari
HULU TERENGGANU -"Setiap kali hujan lebat, saya kini trauma kerana bimbang rumah ditenggelami banjir lagi," itu luahan Mohamad Sahari Musa, 58, penduduk Kampung Kemat yang terjejas selepas kediamannya dilanda banjir pada Khamis.
Menurut Mohamad Sahari, setakat ini dia sekeluarga sudah tiga kali terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu dalam kejadian banjir pada Februari dan Disember lalu manakala terbaharu adalah petang Khamis.
Iklan
Iklan
Bercerita mengenai banjir kilat yang melanda kawasan itu beliau berkata, hujan lebat bermula sekitar jam 3 petang menyebabkan berlakunya limpahan air sungai berhampiran sebelum rumahnya dinaiki air sedalam 1.2 meter tiga jam kemudian.
Susulan kejadian itu katanya, dia bersama isteri, anak dan tiga cucu berpindah ke balai raya Kampung Kemat untuk berlindung.
Iklan
"Air melimpah sampai dalam rumah. Mujur pakaian, dokumen penting dan barang elektrik seperti mesin basuh, televisyen serta peti ais sudah dialihkan ke tempat tinggi iaitu di bahu jalan lebih awal," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kemat di sini pada Jumaat.
Antara barang elektrik yang sempat dialihkan ke tempat lebih tinggi iaitu bahu jalan.
Jelas Mohamad Sahari, tiga kejadian banjir yang dilaluinya menyebabkan kerugian hampir RM100,00 dengan bencana paling besar adalah pada Februari lalu apabila tiga kenderaan rosak, 40 ekor ayam mati manakala seluruh kelengkapan rumah musnah.
Iklan
Selain itu menurutnya, tanaman seperti pisang, kelapa dan durian miliknya turut terjejas.
Seorang lagi penduduk, Kadir Daud, 78, berkata, dia bersama isteri berpindah ke PPS lebih awal iaitu sekitar jam 6 petang selepas mendapati paras air sungai yang terletak berhampiran rumahnya meningkat naik.
"Kalau hujan lebat, memang kami akan bersiap untuk pindah lebih awal kerana sekarang sungai sudah cetek, mudah berlaku banjir walaupun hujan lebat dalam tempoh beberapa jam saja," katanya.
Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 23 keluarga melibatkan 71 penduduk sekitar Kampung Kemat masih ditempatkan di balai raya Kampung Kemat selepas rumah mereka terjejas banjir kilat yang berlaku sejak petang Jumaat.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.