[VIDEO] Hishammuddin berterima kasih Zahid maafkan ‘10 pengkhianat’

Iklan
Hishammuddin

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudi memaafkan ‘10 pengkhianat’.

Bagaimanapun katanya, sehingga saat ini, beliau tidak tahu sebab utama dituduh sedemikian hanya kerana menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, tindakan itu adalah selari dengan ketetapan parti dan bertindak menarik semula akuan berkanun (SD) apabila parti bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

"Saya cukup yakin bahawa apa yang telah berlaku, tidak ada benda yang kita perlu apologetik sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti. Apa yang disebut oleh YB Jelebu (Datuk Seri Jalaluddin Alias) semalam (Khamis), saya setuju sangat sebab itu sebenarnya fakta.



"Tapi setelah parti membuat keputusan berkecuali pada satu ketika dulu, kita tarik balik SD berkenaan. Kemudian, apabila Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) bertitah mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan jika itu kehendak parti, maka kita bersetuju. Maka, mana pengkhianatannya?,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pada Khamis, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sedia memaafkan 10 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) termasuk partinya yang menandatangani SD bagi menyatakan sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau bersama-sama Lembaga Disiplin UMNO akan tetap memantau pergerakan ahli-ahli Parlimen terlibat sama ada mereka melakukan mana-mana gerakan.

Iklan
Iklan