PAU 2022: Zahid umum penubuhan Majlis Ulama UMNO
Iklan
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu akan menubuhkan Majlis Ulama UMNO seiring dengan usaha untuk melebarkan lagi jaringan parti itu.
Beliau berkata, penubuhan majlis itu juga menjadi cerminan kesediaan parti untuk menjalin kerjasama bukan sahaja dalam kalangan rakan gabungan parti tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Iklan
Iklan
"UMNO perlu menjadi wadah kepada pertubuhan Melayu dan juga rakan sekutu lain (dan) atas sebab ini juga kita perlu mendekati kumpulan ulama yang saya percaya ramai yang sedia untuk bersama dengan kita.
"(Jadi) kita mesti terjemahkan usul penubuhan yang telah kita bincangkan beberapa ketika dahulu yang mana Majlis Ulama UMNO perlu diwujudkan dengan segera,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerjasama antara ulama dan parti perlu dijalinkan seiring dengan hala tuju baharu parti itu nanti.
Iklan
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid turut memaklumkan beliau turut bersetuju untuk menubuhkan akademi atau institut UMNO seperti yang dicadangkan Ketua Puteri UMNO, Datruk Zahida Zarik Khan pada Khamis.
Jelasnya, persetujuan itu dibuat kerana parti sentiasa mendengar suara akar umbi bagi membolehkan parti terus bergerak ke hadapan.
Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.