PRK Dun Rantau: Anwar belum beri pandangan
Iklan
Anwar (empat, kanan) ketika bertemu dengan ketua cabang di negeri ini, baru-baru ini.
SEREMBAN – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi masih belum memberi pandangannya berhubung calon PRK Dun Rantau.
Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, Anwar bagaimanapun telah mendengar pandangan daripada semua ketua cabang dalam perjumpaan biasa dengan presiden, baru-baru ini.
"Antara yang dibincangkan ialah berkenaan isu semasa di negeri ini termasuk PRK Dun Rantau.
"Cuma ia tidaklah secara mendalam dan beliau pun belum beri sebarang pandangan berkenaan calon,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, semalam.
Bercakap tentang Ketua PKR Cabang Rembau, S Tanggam yang mendakwa dirinya adalah calon sebenar PKR Dun Rantau pada PRU14, Aminuddin berkata, sesiapa pun boleh menawarkan diri sebagai calon tetapi keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.
Katanya, perkara tersebut biasa berlaku di dalam parti.
Bagaimanapun, jelasnya, beliau mengharapkan ia tidak menjadi kekangan untuk parti terus bergerak.
"Itu biasalah akan ada 'arus,ombak dan ribut’.
"Itulah uniknya parti dan pada masa sama kita dengar pandangan dan teguran daripada sesiapa sahaja,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>