Kerajaan kekal pendirian kawal harga telur
Iklan
Fuziah (kiri) mengimbas QR Code saluran aduan melalui aplikasi WhatsApp pada Majlis Pelancaran Peremajaan Semula Saluran Aduan Kepenggunaan KPDN di Kompleks Belia dan Sukan pada Khamis. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Kerajaan kekal dengan pendirian untuk mengekalkan harga telur di bawah harga kawalan dan tidak mengapungkannya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, walaupun terdapat permintaan dari pihak yang berkaitan, namun kerajaan lebih berhasrat untuk mengawal harga telur buat masa ini.