Hannah daki 18 tingkat Menara KBS bawah enam minit
Iklan
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berjaya melakukan pendakian 18 tingkat Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya bersama jaguh larian menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching pada Khamis.
Menteri wanita berusia 44 tahun itu menyempurnakan cabaran tersebut di bawah masa enam minit sempena ‘National Take The Stairs Day’, pada Rabu.