Puteri Sarah fail cerai Isnin ini

Iklan
Puteri Sarah. - Foto IG

KUALA LUMPUR - Selepas menegaskan mahu berpisah dengan suaminya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilaporkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin ini.

Ia sepatutnya difailkan pada Khamis, namun tertangguh ke minggu depan selepas isteri kepada Syamsul Yusof itu sedang menjalani penggambaran di Port Dickson.

Iklan
Iklan

Mengesahkan perkara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, hanya permohonan cerai sahaja akan difailkan pada hari tersebut.

Ditanya sama ada pelakon itu akan hadir di mahkamah bagi permohonan cerai tersebut, Akberdin berkata, ‘pasti hadir’.

Iklan

Dua hari lalu, Puteri Sarah melalui Instagramnya memohon agar Syamsul 'melepaskannya' kerana tidak rela dimadukan.

Syamsul pula dalam satu temu bual eksklusif media berkata, dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.

Iklan

Pengarah itu turut meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.