Tambahan anjing K9 bantu jaga laluan masuk di Langkawi
Iklan
Suresh Kumar bergambar bersama para pegawainya selepas menyampaikan sijil penghargaan dan pingat kepada 'Black' dan pengendalinya, Koperal Johan Anak Jame di Seksyen K9 pada Rabu. - Foto Bernama
LANGKAWI - Polis Kedah memerlukan tambahan bilangan Unit Anjing Pengesan (K9) di Langkawi bagi mengukuhkan lagi penjagaan dan kawalan laluan masuk di pulau peranginan itu dalam usaha mengekang sebarang aktiviti jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, pada masa ini terdapat empat ekor anjing pengesan ditempatkan di Seksyen K9 Langkawi.
"Di Seksyen K9 Langkawi, kita ada 10 kandang tetapi hanya ada empat ekor anjing pengesan iaitu seekor ditugaskan mengesan bahan letupan, seekor bagi kes berkaitan dadah manakala dua lagi bagi siasatan kes jenayah lain melibatkan JSJ.
"Jadi, pucuk pimpinan mempunyai pandangan untuk menambah anjing K9 di sini dan penambahan disarankan adalah untuk menambah anjing K9 pengesan bahan letupan dan dadah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Seksyen K9 Langkawi dekat sini pada Rabu.
Beliau berkata, Langkawi adalah pusat pelancongan melibatkan pergerakan keluar masuk pelancong yang sangat pesat dan keberkesanan untuk menjalankan tugas sangat terhad sekiranya hanya seekor anjing pengesan menjalankan tugas.
"Keberkesanan K9 di Langkawi ini dilihat amat berkesan sejak ditubuhkan pada April 2021 dengan banyak kejayaan melibatkan kes dadah berjaya diselesaikan. Jadi, penambahan itu perlu tambahan pula sekiranya berlaku sesuatu kes, agak sukar untuk mendapat bantuan daripada darat berikutan masalah logistik,” jelasnya.
Katanya, terdapat 11 ekor anjing K9 di seluruh Kedah yang ditempatkan di penempatan Langkawi, Kuala Muda dan Bukit Kayu Hitam.
Sebelum itu, beliau telah menyampaikan pingat penghargaan kepada anjing K9 bernama Black atas kejayaannya menyelesaikan dua kes dadah pada tahun lepas dan turut mendapat sijil penghargaan ialah pengendali Black, Lans Koperal Johan Anak Jame.
Turut mendapat sijil penghargaan ialah tiga lagi pengendali anjing K9 iaitu Sarjan S Pubalan, Koperal Suriya Eng Chuan dan Lans Koperal Folinton Olinggang. - Bernama
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com