Delegasi Rasuah Busters adakan kunjungan hormat ke atas Speaker

Iklan
Hussamuddin (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama Johari (lima daripada kanan) di Parlimen pada Selasa

KUALA LUMPUR - Delegasi Rasuah Busters pada Selasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul di Blok Utama, Parlimen.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin, pertemuan tersebut merupakan inisiatif yang dilaksanakan dalam rangka membentuk perbincangan dua hala kumpulan pakar, profesional dan masyarakat sivil berkaitan reformasi institusi.

"Ia diharap terus berlangsung dengan kerjasama pelbagai pihak dalam memastikan pengukuhan sistem dan perundangan dalam negara serta cadangan-cadangan bagi kestabilan dan pemulihan negara dapat dilaksanakan secara komprehensif dengan keterlibatan pemegang taruh dalam kalangan rakyat.

Hussamuddin ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Johari di Parlimen pada Selasa

Iklan

"#RasuahBusters dan rakan-rakan gabungan akan terus bergandingan dalam menjalankan peranannya sebagai sebuah gerakan daripada rakyat kepada rakyat agar matlamat melahirkan #MalaysiaTanpaRasuah yang adil dan harmoni dapat dicapai di atas landasan #NilaiMoralKarakterBangsa," katanya pada Selasa.

Turut Hadir dalam pertemuan tersebut ialah bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Iklan