Mangkuk tandas pintar berharga RM43,749

Iklan
Mangkuk tandas Numi 2.0 keluaran syarikat Kohler. - Agensi

MADISON - Sebuah mangkuk tandas yang dilengkapi mod pencahayaan serta tempat duduk automatik yang boleh dilaraskan dijual pada harga AS$10,000 (RM43,749).

Mangkuk tandas futuristik yang diberi nama Numi 2.0 itu adalah produk keluaran syarikat Kohler yang berpangkalan di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Ia juga dilengkapi sistem audio serta bidet dan pengguna boleh mengikuti laporan berita termasuk laporan cuaca ketika 'membuang hajat'.

Antara ciri menarik Numi 2.0 ialah pengguna boleh mengawal suhu di bahagian tempat duduk mangkuk tersebut.

Iklan

Numi 2.0 turut dilengkapi fungsi pengering dengan kaedah pembersihan diri menggunakan cahaya UV untuk membunuh bakteria dan kuman.

"Anda pasti menyukainya kerana ia adalah pengalaman tanpa sentuhan. Tandas pintar tersebut akan menutup dan menyiram secara automatik semasa anda meninggalkan bilik mandi," kata Pengurus Pemasaran Produk Kohler, Andrew Van Gorden.

Iklan

Semua fungsi Numi 2.0 boleh dikawal dengan mudah melalui Amazon Alexa atau sistem kawalan skrin sentuh yang dipasang di dinding. - Agensi