Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar

Iklan
Pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran di Bukit Baru pada Malam Ahad.

MELAKA - Pelanggan dan peniaga di sebuah medan selera di Bukit Baru di sini cemas apabila lima buah gerai di kawasan itu terbakar pada malam Ahad.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Mohamad Hamdan Sudin berkata, dua jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kecemasan pada jam 11.41 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati lima gerai telah terbakar sebanyak 30 peratus.

"Kita dimaklumkan ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan dan peniaga yang masih berada di medan selera itu dikejutkan dengan api marak.

Iklan

"Difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Gerai di sebuah medan selera di Bukit Baru terbakar pada malam Ahad.

Jelasnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 11.53 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya jam 1.15 pagi.

Iklan

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat," jelasnya.