'Kahwin luar negara, pasangan perlu maklum keluarga'
Iklan
Wan Salim
GEORGETOWN - Pasangan yang ingin berkahwin di luar negara dinasihatkan supaya memaklumkan niat mereka kepada ibu bapa atau waris masing-masing.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mereka yang telah melakukan perkara itu tanpa izin keluarga atau tanpa memaklumkannya, perlu memohon maaf di atas perbuatan tersebut.
Iklan
Iklan
"Sebaik-baiknya maklum lah kepada ibu bapa atau waris mengenai perkahwinan yang hendak dilangsungkan itu. Pasangan yang ingin berkahwin di luar negara juga, perlu memberitahu kepada keluarga sebab mereka berbuat demikian.
"Sekiranya telah berlaku, sebagai anak, mereka perlu memohon maaf kepada ibu bapa atau waris di atas tindakan yang diambil itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Iklan
Kata beliau, sebagai anak, pasangan yang ingin berkahwin sepatutnya menghormati ibu bapa dengan memaklumkan niat mereka itu.
"Perkahwinan adalah satu perkara yang bukan boleh dibuat main, ia perlu dimaklumkan kepada ibu bapa.
Iklan
"Jika sudah berlaku (perkahwinan di luar negara), pandai-pandai lah mengambil hati mereka semula dengan mempamerkan kelakuan yang menyenangkan, memberi hadiah atau meraikan mereka dalam majlis tertentu seperti hari lahir atau Hari Ibu.
"Semoga dengan cara tersebut, hati ibu bapa, waris, adik beradik, ipar duai yang terguris boleh diubati semula. Segala kekeruhan yang telah berlaku, diharap dapat dijernihkan semula," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>