[VIDEO] Warung dinaiki air, pelanggan bersarapan dalam banjir
Iklan
Norhayati (berdiri, kanan) melayan pelanggan yang berkunjung di Warung Bilal di Gong Badak, Kuala Nerus.
KUALA NERUS - Hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu menyebabkan sebuah warung di Gong Badak di sini dinaiki air secara mendadak sehingga pelanggannya terpaksa menjamu selera di dalam banjir.
Meskipun begitu, kebanyakan pelanggan yang berkunjung di Warung Bilal dekat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) meluahkan rasa teruja kerana dapat merasai sarapan pagi dalam suasana berbeza.
Iklan
Iklan
Pemilik warung, Rosli Mohamad berkata, air mula naik pada jam 6 pagi ketika empat pekerjanya sedang menyediakan makanan untuk dijual.
"Disebabkan bahan mentah sudah dibeli dan kebetulan sedang dimasak atas dapur, warung terpaksa juga beroperasi dan dibuka kepada pelanggan hari ini bagi mengelakkan pembaziran.
Iklan
"Kebetulan ketika pelanggan datang sekitar jam 8 pagi, air masih bertakung sehingga paras lutut iaitu sekitar 0.3 meter," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.
Menurut Rosli, keadaan itu bukan kali pertama berlaku kerana warungnya sudah tiga kali dinaiki air sejak beroperasi tahun lalu.
Iklan
Sementara itu, pekerjanya, Norhayati Mohamad, 55, berkata, dia bersama seorang lagi pekerja, Nurul Ain Nasuha Wan Nordin, 21, tidak menyangka air naik semula sehingga mencecah paras lutut.
"Ketika air naik, saya sedang memasak di dapur dan menjangkakan ia hanya melimpah sehingga di depan kedai. Tak sangka pula sehingga paras lutut.
"Kalau ikutkan baru sahaja warung ini dinaiki air ketika banjir buruk pada 20 Disember lalu, namun hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan limpahan air dari longkang berhampiran sehingga warung ini sekali lagi digenangi air," katanya.
Sementara itu, kebanyakan pelanggan yang ditemui menyatakan mereka masih ke warung itu untuk bersarapan walaupun dinaiki air.
Norhayati (tengah) membungkus makanan untuk pelanggan di Warung Bilal yang dinaiki air di Gong Badak, Kuala Nerus.
Menurut seorang kakitangan swasta yang hanya ingin dikenali sebagai Damia, ia adalah pengalaman pertama dilalui dan dia berasa teruja seperti makan di restoran atas air.
"Walaupun warung ini dinaiki air, airnya agak jernih dan saya tidak berasa bimbang untuk bersarapan di sini," katanya.
Hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu menyebabkan beberapa penempatan penduduk sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dilanda banjir kilat.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan paras air di kebanyakan sungai di seluruh Terengganu masih terkawal.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>