Zuraida, Mohd Redzuan dilantik Timbalan Presiden MN

Iklan
Zuraida dan Mohd Redzuan

SHAH ALAM - Dua bekas menteri, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN).

Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa turut mengumumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar dan penceramah terkenal, Ridhuan Tee Abdullah ke jawatan tersebut.

Beliau mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi MN kali pertama pada Sabtu selepas badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan ditubuhkan bulan lalu.

Iklan
Iklan

Antara nama lain yang disenaraikan dalam MN adalah bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan; Badrul Hisham Shaharin (Bersatu), Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Pas), Datuk Budiman Zohdi (UMNO), Datuk Wah Idris (komposer) dan Jasper Suppayah (selebriti).

Dalam pada itu Annuar turut mengumumkan MN akan menubuhkan bahagian di peringkat negeri, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua 222 kerusi Parlimen ekoran mendapat banyak permohonan menjadi ahli di seluruh negara.

Iklan

Walaupun struktur NGO itu menyerupai sebuah parti politik, Annuar menegaskan MN akan kekal tidak berpolitik kerana sudah terlalu banyak parti di negara ini.

Sejak dibuka untuk pendaftaran, MN mempunyai lebih 25,000 ahli daripada pelbagai parti dan kalangan golongan profesional.

Iklan

Ikuti perkembangan politik semasa negara di sini!