PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor sebagai venue alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya sementara menunggu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) siap diselenggara.
Tunku Ismail menzahirkan tawaran itu menerusi laman sosial rasminya di Facebook, sehari selepas meninjau sesi latihan skuad itu di padang Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, semalam dengan diiringi Presiden badan induk itu Datuk Hamidin Mohd Amin.