Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula esok

Iklan
Laluan Batang Kali - Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor, yang ditutup sejak 16 Disember lepas ekoran tragedi tanah runtuh akan dibuka semula pada jam 5 petang esok dengan kawalan pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR - Laluan Batang Kali - Genting Highlands Seksyen 14, Hulu Selangor, yang ditutup sejak 16 Disember lepas ekoran tragedi tanah runtuh akan dibuka semula pada jam 5 petang esok dengan kawalan pihak berkuasa.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan laluan sementara akan dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands yang mempunyai surat pengesahan majikan selain kenderaan kelas 1 (motokar, teksi dan kenderaan pelbagai guna) serta kenderaan kelas 6 (motosikal dan skuter).

Iklan
Iklan

Menurut JKR, pengguna yang menggunakan laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh.

JKR turut menyarankan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif iaitu laluan Ulu Yam - Batu Caves dan laluan Kuala Lumpur - Ipoh bagi mengurangkan risiko kesesakan.

Iklan

Orang awam boleh menghubungi JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641146, 03-60641058 dan 03-60641073 untuk sebarang pertanyaan.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada jam 2.42 pagi, 16 Disember lepas di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya itu menyaksikan 31 nyawa terkorban dan 61 selamat daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. - Bernama

Iklan