Atur operasi bersepadu ke atas koloni warga asing

Iklan
Suee Lim berkata beliau telah mengarahkan Datuk Bandar Klang menyelaras operasi bersepadu bagi menangani isu koloni warga asing di stesen bas lama Klang.

SHAH ALAM - Arahan diberikan kepada Datuk Bandar Klang untuk tindakan operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa bagi mengambil tindakan ke atas koloni warga asing di stesen bas lama Klang.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, arahan itu dikeluarkan beliau serta-merta bagi mengatur operasi yang lebih tersusun, rapi dan strategik.

Iklan
Iklan

"Saya telah berhubung dengan Datuk Bandar Klang untuk perkara ini.

"Tindakan operasi bersepadu yang lengkap penting kerana isu koloni warga asing memberi imej tidak baik kepada masyarakat," katanya.

Iklan

Sinar Harian pada Selasa melaporkan koloni warga asing dilihat masih 'aktif' termasuk menjalankan aktiviti perniagaan, perjudian dan kegiatan tidak bermoral di sekitar kawasan stesen bas lama Klang.

Kebimbangan itu turut disuarakan warga tempatan yang melihat kawasan berkenaan 'dikuasai' warga asing yang dipercayai menggunakan lesen warga tempatan untuk berniaga.

Iklan

Warga tempatan juga menganggap warga asing ini seolah berani mencabar undang-undang negara biarpun lokasi itu pernah digempur pihak berkuasa Julai lalu.

Mengulas lanjut, Suee Lim berkata, pelbagai faktor dikenal pasti mendorong berlaku isu koloni warga asing antaranya berkahwin dengan warga tempatan bagi mendapatkan lesen perniagaan.

Tambahnya, Lembah Klang merupakan lubuk emas bagi warga asing mencari hasil pendapatan dan mereka sanggup melakukan apa sahaja peranan yang dimainkan sindiket atau orang tengah.

"Mereka tahu kalau ada operasi, mereka akan 'hilang' kejap, kemudian datang semula.

"Sebab itu warga asing ini sanggup gadai risiko kerana mudah cari rezeki," ujarnya.

Pada masa sama , beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya kerap melaksanakan pemantauan dan tindakan di lokasi panas warga asing.