Rasuah: Pasangan suami isteri direman lima hari
Iklan
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima suapan berbentuk penginapan di sebuah resort di Perak bernilai kira-kira RM8,000.
Perintah reman hingga Isnin depan terhadap kedua-dua suspek berusia 48 dan 51 tahun yang merupakan penjawat awam itu dikeluarkan oleh Majistret Wong Chai Sai di sini pada Khamis.