Belum ada mesyuarat bubar DUN Kelantan

Iklan
Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Kerajaan negeri belum mengadakan mesyuarat untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) dilaksanakan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pembubaran itu bergantung kepada keputusan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Iklan
Iklan

"Kita menyerahkan perkara ini kepada menteri besar dan keputusan akhir bergantung kepada Pas Pusat. Kita tunggu dan lihat," katanya selepas menghadiri Amanat Khas Tahun Baharu Menteri Besar Kelantan dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di sini pada Khamis.

Pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob turut melancarkan buku bertajuk Nazhafah Diri dan Integriti: Ahmad Yakob oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Iklan

Menjawab khabar angin bahawa ada calon bertanding yang akan ditukar, Mohd Amar memberitahu, pertukaran itu merupakan perkara biasa dalam parti.

"Biasanya 30 peratus calon muka baharu yang 'winable', ada orang muda, wanita dan ulama," katanya.

Iklan