Dikir barat bukan lagi persembahan kampung

Iklan
Penggiat ddikir barat diberi ruang mempelajari teknik persembahan profesional menerusi penubuhan Pusat Inovasi Dikir Barat.

TANAH MERAH - Seni dikir barat tidak lagi mahu dilihat sekadar sebuah karya seni persembahan kampung apabila penggiatnya kini diberi ruang mempelajari teknik persembahan profesional menerusi penubuhan Pusat Inovasi Dikir Barat.

Pengerusi Persatuan Cinta Seni Budaya (PERSIDAYA), Aniza Musa berkata, dengan adanya pusat tersebut ia memberi ruang pembelajaran untuk mengangkat seni tradisional itu ke pentas lebih besar menerusi pendedahan kepada aspek pencahayaan, etika, pengurusan pentas, komunikasi dan kawalan pentas.

Iklan
Iklan

"Tujuannya untuk mengajar penggiat membuat persembahan pentas secara profesional. Contohnya, mereka boleh belajar mengenai pencahayaan, etika dan pengurusan pentas yang kita sediakan di sini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Inovasi Seni Dikir Barat Seni Arts for All Seasons (ArtsFAS) di Kampung Padang Lalang di sini pada malam Ahad.

Iklan

Perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Hadir sama Ketua Seni dan Ruang Awam Yayasan Hasanah, Nini Marini.

Iklan

Antara tetamu yang hadir pada semasa majlis perasmian ArtsFAS di Kampung Padang Lalang, Tanah Merah pada Ahad.

Aniza memberitahu, penggiat turut diberi pendedahan mengenai cara berkomunikasi dan mengawal pentas supaya persembahan yang disampaikan lebih menarik.

Katanya, pusat itu juga akan menjadi lokasi untuk penggiat mendapatkan maklumat berkaitan sejarah dikir barat sebagai sebahagian usaha memastikan warisan berkenaan terus dikenali generasi akan datang.

Aniza turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Hasanah yang memberikan sokongan penuh dalam mengangkat dikir barat ke arah lebih profesional.

Tambah beliau, ia sekali gus membantu mengembangkan kelestarian seni tradisi dan dapat diwarisi oleh generasi baharu dengan sebaiknya.

Sementara itu Nini Marini memberitahu, bantuan Yayasan Hasanah menerusi geran ArtsFAS tidak terhad kepada seni persembahan, sebaliknya turut meliputi seni visual, tekstil dan pelbagai usaha memperkukuh warisan.

Katanya, geran berkenaan turut boleh dimanfaatkan bagi penganjuran bengkel untuk meningkatkan kemahiran serta melahirkan pewaris dalam bidang seni dan budaya.

"Skop bantuan itu memberi ruang kepada penggiat seni untuk melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing, termasuk usaha memastikan warisan terus dipelihara," katanya.