Tiga tokan dadah termasuk pasangan kekasih dicekup
Iklan
Soffian (dua dari kanan) bersama pegawai penyiasat menunjukkan dadah yang dirampas daripada ketiga-tiga suspek.
GEORGETOWN - Sepasang kekasih antara tiga individu ditahan polis selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini pada penghujung Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 44 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada 29 dan 30 Disember lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, suspek pertama yang bekerja sebagai juruteknik perkhidmatan jalur lebar ditahan di tepi Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor ketika memandu kereta jenis Produa Myvi.
"Selepas menyedari kehadiran polis, suspek berusia 34 tahun itu bertindak melarikan diri.
Iklan
"Walaupun beberapa kali diarahkan berhenti namun suspek terus memecut kenderaannya namun usahanya meloloskan diri gagal selepas terbabit kemalangan tidak jauh dari lokasi dia diarahkan berhenti,"katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini pada Rabu.
Soffian berkata, pemeriksaan dibuat terhadap suspek menemukan tiga peket dadah jenis heroin seberat 1.37 kilogram (kg) serta sembilan peket lut sinar berisi dadah jenis sama seberat 110 gram (g).
Iklan
Beliau berkata, susulan daripada tangkapan itu membawa kepada penahanan seorang pengawal keselamatan berusia 44 tahun di Jalan Perusahaan Perai pada hari yang sama.
Katanya, polis menyerbu sebuah rumah pangsapuri di Tanjung Bungah pada jam 1 pagi keesokan hari sebelum menahan seorang wanita berusia 30 tahun.
"Dalam serbuan di rumah sewa wanita berstatus janda yang merupakan teman wanita suspek pertama itu kita merampas enam ketulan mampat ganja seberat 5.7kg.
"Siasatan dijalankan mendapati kesemua mereka terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Gelugor dan Tanjung Bungah sejak Julai tahun lalu.
"Kesemua jumlah rampasan dadah heroin dan ganja itu bernilai RM32,162," tambahnya.
Soffian berkata, ujian saringan air kencing dilakukan mendapati dua suspek lelaki itu didapati positif dadah selain mempunyai rekod jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
BERITA SEMASA 6 MEI 2025
Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Isnin menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Majistret Suhaila Shafi'uddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih belum mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor susulan terdapat perkembangan baharu terhadap kes pembunuhan itu.
Pihak pendakwaan dikendalikan Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh, Muhammad Haikal Mahfuz diwakili peguam Syahril Anuar Harun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663117/berita/semasa/status-pindah-kes-bunuh-bella-ke-mahkamah-tinggi-ditentukan-20-mei-ini
Muzik: Elevate dari www.bensound.com