JSAHMS ditutup sementara Ahad ini
Iklan
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
GEORGETOWN - Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan membuat penutupan sementara laluan sehala di Plaza A & B Bandar Cassia dan Plaza Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP) dari arah Batu Kawan ke Batu Maung pada Ahad ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan syarikat konsesi jambatan itu, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan penutupan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu bagi memberi laluan kepada program"Penang Fellowship Ride 2023”.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal tersebut.
"Sehubungan dengan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang di bawah kendalian Plus Malaysia Berhad (PLUS) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.
Iklan
"JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya," katanya.
Sebelum ini, Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee berkata,acara kayuhan berbasikal"Penang Fellowship Ride” itu dianjurkab Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Kelab Berbasikal G Club dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Iklan
Jelasnya, jarak kayuhan basikal"Penang Fellowship Ride” adalah sejauh 66km dan tempat pelepasan serta tempat penamatan adalah di Persiaran Bayan Indah 2 (berhadapan Queens Waterfront).
"Memandangkan acara kayuhan berbasikal akan melibatkan kedua-dua Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, laluan sehala akan ditutup dengan sepenuhnya pada masa yang tertentu sahaja untuk memberi laluan kepada peserta-peserta.
"Bagi Jambatan Pulau Pinang (dari arah Bahagian Pulau ke Seberang Perai sahaja), waktu penutupan adalah dari jam 6.30 pagi hingga 9 pagi; manakala bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (dari arah Batu Kawan ke Batu Maung sahaja), waktu penutupan adalah dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.”
"Untuk laluan-laluan lain yang terlibat juga akan ditutup sementara di antara tempoh 15 hingga 30 minit secara berperingkat," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.