Ketua Pemuda UMNO Lenggong dilantik Setiausaha Politik MB Perak

Iklan
Mohamad Hamidi mengangkat sumpah jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak di hadapan Saarani di Pejabat Menteri Besar Perak di sini pada Selasa.

IPOH - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Hamidi Baharuddin dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu.

Majlis mengangkat sumpah jawatan dilakukan di hadapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Pejabat Menteri Besar Perak di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Mohamad Hamidi, 43, menggantikan Datuk Sham Mat Sahat yang tidak lagi menyambung tugas ke jawatan berkenaan sejak dilantik pada tahun 2020.

Selain aktif dalam politik dan pergerakan belia, Mohamad Hamidi juga merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perak dan Ahli Majlis Daerah Lenggong.

Iklan

Pada tahun 2018, belia dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Majlis Belia Negeri Perak dan turut berada di dalam Jawatankuasa Sekretariat Sukan dan Rekreasi Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau juga merupakan pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan dari TAJ International College dan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Lenggong.

Iklan

Ketika Saarani menjadi Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohamad Hamidi dilantik sebagai pegawai khas.