TFCSB terima tajaan RM9 juta melibatkan 15 syarikat
Iklan
Ab Rashid (dua, kiri) bersama Che Salmi (dua, kanan) menunjukkan dokumen perjanjian tajaan pada Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak pada Ahad.
TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) setakat ini menerima tajaan berjumlah RM9 juta melibatkan 15 syarikat bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh, berkata pihaknya juga telah membelanjakan sebanyak RM23 juta bagi menguruskan dua pasukan utama dan akademi bola sepak TFCSB musim lalu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun perbelanjaan tersebut dijangka meningkat sehingga RM28 juta musim ini iaitu peningkatan antara 20 hingga 30 peratus memandangkan jumlah perlawanan Liga-M yang bertambah dan juga saingan Piala AFC.
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian penajaan 2023 dengan syarikat Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd di Pejabat TFCSB, di sini, hari ini.
Iklan
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi TFCSB, Sabri Abas dan Pengarah Urusan, Sabasun HYPErRUNCIT, Che Salmi Che Ibrahim.
Ab Rashid berkata, selain tajaan, TFCSB turut memfokuskan kepada aktiviti penjanaan pendapatan melalui jualan jersi dan cenderamata, kutipan tiket perlawanan serta pas keahlian bermusim bagi menampung perbelanjaan musim ini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Faisal Halim masih perlu pemantauan rapi - Adam Adli" /><meta itemprop="description" content="Faisal Halim masih perlu pemantauan rapi - Adam Adli
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #FaisalHalim #SelangorFC #AdamAdli" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-15T05:38:26.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WIRUA1cH4fJi0nf8q/x120" /><meta itemprop="duration" content="P108S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8yijyi" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8yijyi"></script>