SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengingatkan seluruh rakyat Malaysia mengenai kepentingan untuk sentiasa menghargai masa, iaitu harta disifatkannya sebagai paling bernilai.
Menerusi kenyataan sempena tahun baharu yang dikongsikan di Facebooknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, masa merupakan perkara yang langsung tidak boleh diganti meskipun dengan kuasa mahupun wang.