Kerajaan tidak beri peruntukan kepada pembangkang - Shahidan

Iklan
Shahidan

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberikan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Menurut laporan Astro Awani, Shahidan menyifatkan tindakan tersebut tidak adil kepada ahli Parlimen pembangkang.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun menyatakan akan membuat perbincangan secara berterusan bersama pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan peruntukan dapat diselesaikan.

"Itu sudah sesuatu, bak kata (Allahyarham) P. Ramlee, ini tidak adil!

Iklan

"Walau bagaimanapun kita akan bincang perkara ini berterusan dan dapat manfaatkan semua pihak," katanya.

Shahidan berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Pertubuhan Perpaduan Ummah di Pusat Khidmat Parlimen Arau, Kubang Gajah pada Sabtu.

Iklan

Awal Disember lalu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khiruddin menyatakan bahawa kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang boleh dilaksanakan sekiranya Perdana Menteri dapat mengutamakan pemberian peruntukan ahli Parlimen dengan sama rata.

Ahli Parlimen Jerantut itu menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, perkara berkenaan merupakan antara janji termaktub dalam manifesto PH yang kini menerajui Kerajaan Persekutuan.