'Saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama ketika susah, senang' - Rosmah

Iklan
Datin Seri Rosmah Mansor

SHAH ALAM – Datin Seri Rosmah Mansor menzahirkan rasa terharu apabila menerima sokongan serta tawaran sumbangan daripada rakan dan sahabat taulan, termasuk dari luar negara susulan perkembangan terkini membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, rakan-rakannya dari Brunei, Itali, Singapura serta Kanada menghubunginya bagi menyatakan kegembiraan terhadap perkembangan terkini bekas Perdana Menteri itu selain menyatakan hasrat untuk menghulurkan sumbangan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pernah menyangka begitu ramai yang masih mengambil berat dan sanggup tampil membantu dengan penuh keikhlasan.

"Hari ini, saya sedar siapa sahabat yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Jumaat lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada penyelesaian denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim, yang mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Iklan

Najib perlu mematuhi syarat ditetapkan dan jika tidak mematuhi mana-mana syarat itu, pengampunan bersyarat terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.

Dalam pada itu Rosmah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan doa, kasih sayang dan sokongan kepada keluarganya.

"Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi atas segala doa, kasih sayang dan keikhlasan kalian,” ujarnya.