Jamin kelangsungan bekalan makanan
Iklan
Azman (tengah) dan Zawawi bersama peserta Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu, di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini, hari ini.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri mengatur pelbagai strategi bagi menjamin Terengganu menjadi sebuah negeri yang dapat menjamin kelangsungan sendiri bekalan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebanyak RM15 juta diperuntukkan pada tahun pertama menerusi Bajet 2019 kepada sektor pertanian yang akan diuruskan berpandukan Pelan Strategik Halatuju Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023.
Iklan
Iklan
"Pelan strategik ini dirangka bagi mencapai visi dan misi iaitu menjamin keselamatan makanan ‘food security’, memajukan ekonomi berteraskan pertanian, penternakan, perikanan dan asas tani serta menjadikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan.
"Pada 2018, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM700,000 kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu bagi melaksanakan program dan aktiviti berkaitan akuakultur seperti menaik taraf projek akuakultur dan bantuan input kepada pengusaha akuakultur termasuk ikan hiasan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Perasmian Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu, di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini, semalam.
Sementara itu, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali berkata, Terengganu mempunyai seramai 825 penternak berdaftar dengan jabatan dengan keluasan kawasan ternakan 825.08 hektar.
Iklan
"Pada 2018, sebanyak 5,351.61 metrik tan pengeluaran ikan makan telah direkodkan dengan nilai 94.668 juta.
"Manakala pengeluaran ikan hiasan dan benih masing-masing sebanyak 296,497 ekor bernilai RM4.018 juta dan 161.428 juta ekor dengan nilai RM932.369 juta.
"Daerah Kuala Terengganu menjadi penyumbang utama kepada pengeluaran ikan makan iaitu sebanyak 35 peratus manakala Kemaman menyumbang 41.6 peratus bagi sektor ikan hiasan manakala pengeluaran benih ikan marin disumbangkan daerah Besut," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal