82 PATI ditahan, hasrat pulang beraya tidak kesampaian
Iklan
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor berjaya menahan 82 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba pulang ke kampung halaman melalui laluan yang tidak sah sempena Aidilfitri dalam operasi Ops Landai di kawasan Tanjung Rhu sehingga Felda Tenggaroh Mersing petang semalam. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Cubaan 82 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang ke kampung halaman menggunakan laluan tidak sah sempena Aidilfitri ini tidak kesampaian apabila ditahan pihak berkuasa dalam Ops Landai di Mersing, petang semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua mereka yang ditahan pada 6 petang itu terdiri daripada 57 lelaki dewasa, 24 perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, berusia setahun enam bulan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata operasi dilaksanakan di kawasan Tanjung Rhu hingga Felda Tenggaroh itu turut berjaya memberkas dua lelaki yang juga warganegara Indonesia berusia 51 dan 26 tahun dipercayai berperanan sebagai orang tengah.
"Turut dirampas tiga kenderaan, iaitu Proton Waja, Proton Wira dan Perodua Alza yang digunakan sebagai pengangkutan oleh sindiket untuk membawa PATI ke kawasan pesisir pantai, sebelum diambil bot-bot pancung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Iklan
Khiu berkata semua tangkapan dan rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).
Katanya menjelang Aidilfitri yang bakal disambut Jun ini, kegiatan sindiket yang menghantar pulang PATI ke kampung halaman menggunakan laluan tidak diwartakan akan mulai aktif.
Iklan
Namun, beliau berkata pihaknya akan mengambil langkah proaktif dengan melancarkan operasi khas untuk menangkap ketua-ketua sindiket dan PATI terlibat.
Ini bagi memastikan tiada penyusupan keluar atau masuk berlaku melalui laluan yang tidak diwartakan, kata beliau. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.