MBKT ambil tindakan elak hakisan serius sekitar jambatan angkat
Iklan
Kesan hakisan yang berlaku di laluan pejalan kaki berhampiran jambatan angkat.
KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengesahkan berlaku kerosakan akibat hakisan di sekitar laluan pejalan kaki berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai drawbridge.
Datuk Bandarnya, Rosli Latif berkata, hakisan sejauh kira-kira 50 meter itu menyebabkan sebahagian benteng penghadang ombak di kawasan tersebut pecah manakala tanah dan laluan pejalan kaki pula runtuh.
Iklan
Iklan
Menurutnya, masalah tersebut yang melibatkan salah sebuah lokasi pelancongan popular itu sudah pun dimaklumkan kepada kerajaan negeri.
"Apabila pasir terhakis, laluan pejalan kaki tergantung dan akhirnya runtuh berikutan tiada lagi penahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, MBKT dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga akan mengambil tindakan lebih proaktif untuk mengelak runtuhan lebih serius.
Menurutnya, masalah hakisan dikesan berlaku sejak beberapa bulan lalu namun keadaan bertambah serius berikutan fenomena air pasang besar yang melanda sepanjang Monsun Timur Laut ketika ini.
Iklan
"Kita harap pengunjung berhati-hati ketika berkunjung ke sana dan menjauhi kawasan runtuhan bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>