Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest

Iklan
Sebuah rumah mula roboh dipukul ombak akibat fenomena air laut pasang besar di Kampung Forest pada malam Ahad. - Foto Bernama

SANDAKAN - Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sehingga 10 pagi tadi, terdapat pertambahan jumlah rumah roboh akibat fenomena berkenaan kepada angka sah iaitu 70 yang direkodkan pada Ahad susulan kejadian malam Sabtu (24 Disember) lepas.

Iklan
Iklan

"Kemudian, di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah meningkat menjadikan jumlah 684 orang," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Forest di sini pada Isnin.

Abdul Fuad bersyukur ramai penduduk yang tinggal di pesisir pantai akur kepada nasihat pasukan keselamatan untuk meninggalkan rumah malam tadi sehingga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Iklan

Beliau sekali lagi mengulangi nasihat sama kerana dijangkakan air pasang besar akan berlaku lagi malam ini.

"Sepertimana semalam (Ahad), kita telah plotkan beberapa kenderaan dan juga pegawai serta anggota untuk memindahkan lebih awal penduduk yang berada di perumahan pesisir pantai," katanya. - Bernama

Iklan