PM ucap Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian

Iklan
Anwar menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara.

Menurut beliau, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia perlu mengambil peluang terutama di musim perayaan untuk mengeratkan silaturahmi dengan menzahirkan kata-kata yang indah.

Iklan
Iklan

"Sebagai negara yang berbilang kaum dan rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan dan kewajipan setiap kita untuk mengambil kesempatan ini mengeratkan silaturahmi antara rakyat dengan mengucapkan kata-kata yang indah buat mereka.

"Mesej atau seruan yang berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbezaan mesti dibenam dengan sikap kasih sayang dan rahmah,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Beliau turut berharap agar sambutan Krismas pada tahun ini lebih meriah dan dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran serta perpaduan kepada negara Malaysia yang terbilang dan rakyatnya yang cinta akan keadilan.

"Kepada yang pulang ke kampung halaman, saya seru untuk waspada dan berhati-hati di jalan raya,” ujar beliau.

Iklan