Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di enam buah negeri sehingga jam 9 malam. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di enam buah negeri sehingga jam 9 malam.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Kedah membabitkan Bandar Baharu.

Iklan
Iklan

Di Pulau Pinang merangkumi kawasan Seberang Perai tengah dan Seberang Perai Selatan.

Sementara itu, di Perak pula, kawasan terlibat adalah Kerian; Larut; Matang; Selama; Manjung; Kinta; Perak Tengah; Kampar; Bagan Datuk; Hilir Perak; Batang Padang dan Muallim.

Iklan

Pada masa yang sama, hujan lebat dan ribut petir tersebut dijangka melanda keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Iklan