SEREMBAN - Dua suspek terakhir yang ditahan di Nilai dan Rantau, semalam, dipercayai terlibat dengan tindakan menahan dan memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Sabtu lepas, direman empat hari sehingga Sabtu ini.
Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan kerana menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.