52 kawasan di Hulu Selangor alami gangguan bekalan air

Iklan
Sebanyak 52 kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah. - Foto hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 52 kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air berikutan insiden paip pecah di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada Jumaat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja pembaikan dijalankan segera pada jam 11 pagi ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Info grafik Air Selangor mengenai gangguan bekalan air di 52 kawasan wilayah Hulu Selangor berikutan insiden paip pecah di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada Jumaat.
Iklan

"Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," kata kenyataan itu.

Iklan

Segala pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.