Wanita maut dihempap pokok ara
Iklan
Pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berantai untuk mengeluarkan mangsa.
PAPAR - Seorang wanita maut akibat dihempap pokok ara yang tumbang dalam kejadian di Kampung Laut Kinarut, di sini pada petang Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Katizah Juani, 55, meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.59 petang.
Katanya, seramai 13 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Papar.
Iklan
"Terdapat seorang mangsa wanita dihempap pokok kayu ara dan pasukan bomba bertindak memotong pokok tersebut menggunakan gergaji berantai sebelum mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Iklan
"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Pihak bomba kemudian memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.29 petang," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska"><meta itemprop="description" content="Dua pengasuh mengaku tidak bersalah aniaya kanak-kanak di taska
Dua pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Cenderawasih Indah pada Mei dan Ogos lalu.
Tertuduh, Norlida Abdul Razak, 39, dan Zairifah Zainal Abidin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hamri Thamri Mohamad @ Shaharudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795835/berita/semasa/dua-pengasuh-mengaku-tidak-bersalah-aniaya-kanak-kanak-di-taska
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pengasuh #dera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-11T05:34:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/eK5O61gevCpZyW6Lx/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6olqe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6olqe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6olqe"></script>