Banjir: 60 ekor kambing, biri-biri mati lemas

Iklan
Antara haiwan ternakan Rusdi yang mati dalam bencana banjir di Kampung Padang Buluh, Jertih, di Besut pada Ahad lalu.

BESUT - Seorang penduduk mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah 60 ekor haiwan ternakannya gagal diselamatkan dalam bencana banjir yang melanda Kampung Padang Buluh, Jertih pada Ahad lalu.

Mat Rusdi Kadir, 55, berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 33 ekor kambing dan 27 biri-biri mati lemas kerana terperangkap di dalam kandang yang dinaiki air hampir dua meter.

Iklan
Iklan

"Ketika itu saya hanya sempat menyelamatkan seekor ibu kambing dan tiga anaknya ke tempat selamat manakala selebihnya berada di dalam kandang yang besar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Rusdi yang juga Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan berkata, rumahnya di Kampung Padang Buluh pernah dinaiki air kerana berada berdekatan dengan Empangan Jajar.

Iklan

Namun katanya, paras air sebelum ini tidak setinggi seperti yang berlaku dalam bencana buruk malam Ahad lalu.

"Sebelum ini air yang memasuki rumah hanya paras betis sahaja, tak sangka pula banjir kali ini air naik mendadak sehingga hampir dua meter di dalam rumah.

Iklan

Berkongsi detik cemas berdepan bencana banjir, Rusdi berkata, dia bersama lapan ahli keluarga yang lain hanya sempat berlindung di dalam rumah burung berdekatan kira-kira jam 4 pagi kerana air naik secara mendadak.

"Akses untuk menyelamat tidak dapat masuk ke rumah saya kerana arus air begitu deras. Ada yang cuba datang menyelamat dengan menaiki bot tetapi terpaksa berpatah balik kerana arus deras.

"Jadi kami terpaksa menunggu sehingga air benar-benar surut sebelum pulang ke rumah pada pagi Selasa," katanya.

Rusdi memberitahu, dia menganggarkan kerugian ditanggung akibat kerosakan harta benda kira-kira RM20,000.