Banjir: Kedah sumbang RM200,000 kepada Kelantan, Terengganu

Iklan
Bantuan banjir diputuskan selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah pada Rabu. - Foto UPDA

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM200,000 kepada Negeri Kelantan dan Terengganu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sumbangan itu adalah bantuan bagi menghadapi banjir di Pantai Timur untuk dua negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Sumbangan bantuan kewangan RM200,000 kepada Negeri Kelantan dan Terengganu (disertakan) bersama sumbangan empat kontena beras sebanyak 24,000 beg dan bahan makanan asas lain daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Perkara itu diputuskan selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah pada Rabu.

Iklan

Pada Selasa, Kerajaan Negeri Selangor juga menyumbangkan bantuan kewangan sebanyak RM500,000 masing-masing kepada kerajaan Kelantan dan Pahang untuk membantu mangsa banjir di dua negeri berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu bagi meringankan beban atas musibah yang melanda kedua-dua negeri tersebut selain bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat

Iklan