Buruh tidak mengaku pegang dada kanak-kanak perempuan

Iklan
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Khamis.

ALOR SETAR - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Khamis atas tuduhan melakukan amang fizikal seksual kepada kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah rumah di Mukim Guar Kepayang, Pendang pada 10 Disember lalu.

Tertuduh berusia 56 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Iklan
Iklan

Kes didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat.

Difahamkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya Negeri Kedah, Nor Syaliati Mohd Sobri memohon kepada mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh mengambil kira kesalahan dilakukan serius kerana mangsa merupakan kanak-kanak.

Buruh tersebut dalam rayuannya pula menyatakan isterinya hanya bekerja kampung dan menanam padi.

Iklan

Jean Sharmila kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin yang juga waris keluarganya.

Tertuduh juga tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan perlu hadir setiap tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.