[VIDEO] Tanah runtuh: Mayat mangsa ke-26 ditemukan

Iklan
Lokasi penemuan mayat mangsa ke-26 pada Rabu di sektor B iaitu satu lelaki dewasa. Foto: JBPM

BATANG KALI - [DIKEMAS KINI] Satu mayat ditemukan pada hari keenam operasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting di sini pada Rabu.

Mayat lelaki dewasa itu dijumpai kira-kira jam 11.15 pagi di sektor B (riverside).

Iklan
Iklan

Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang.

Iklan

Untuk info, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi pada awal pagi 16 Disember lepas seramai 94 orang.

Daripada jumlah itu, 61 selamat, 26 meninggal dunia manakala tujuh masih hilang.

Iklan

Mangsa yang meninggal dunia terdiri lima lelaki dewasa, 13 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.