Bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir mulai pulih

Iklan
Lima daerah terjejas banjir di Terengganu kembali menerima bekalan elektrik bermula jam 1 pagi Rabu. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Beberapa kawasan di lima daerah terjejas banjir kembali menerima bekalan elektrik bermula jam 1 pagi Rabu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebooknya TNB Careline memaklumkan kawasan tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Berang, Besut dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah di Dungun.

Menurut TNB usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat. - Bernama