Tanah runtuh: Polis dalam proses memadan data, laporan
Iklan
Acryl Sani
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam proses memadankan data mangsa tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor dengan laporan polis oleh waris.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah itu bagi mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang masih hilang dan belum dikenal pasti.
"Sudah memasuki hari ke-lima tragedi ini berlaku, PDRM yakin akan ada waris yang tampil ke balai memaklumkan ahli keluarga mereka tidak dapat dikesan dan dipercayai hilang," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke majlis pelancaran Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur pada Rabu.
Menurutnya, usaha pencarian mangsa di lokasi diteruskan selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memaklumkan mengesan beberapa petunjuk kedudukan mangsa dalam runtuhan tanah terbabit.
"Usaha ini diteruskan lagi pagi ini untuk membawa mereka keluar dari tempat kejadian," jelasnya.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi pada Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 25 nyawa terkorban dan lapan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 orang.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi banjir yang melanda di Pantai Timur, beliau berkata, hanya terdapat satu balai dinaiki air.
"Kita telah mengaturkan bantuan tenaga ke tempat-tempat dilanda banjir dengan menggunakan elemen tenaga," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak"><meta itemprop="description" content="Permohonan representasi yang dikemukakan pihak peguam Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan kes pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.
Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam berkata, pihaknya telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Isnin untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara bagi menyampaikan fakta, pandangan serta pendapat dari sudut undang-undang berhubung kes berkenaan..
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801973/berita/semasa/kes-bendera-terbalik-representasi-akmal-saleh-ditolak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #benderaterbalik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:24:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P181S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr808a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr808a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr808a"></script>