Kementerian Pengangkutan semak semula 5 projek pembangunan
Iklan
PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan bersetuju membuat semakan semula ke atas lima projek pembangunan yang melibatkan nilai kontrak keseluruhan hampir RM650 juta untuk dilaksanakan secara tender terbuka atau tender terhad.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan pada Selasa berkata, kelima-lima projek tersebut sebelum ini telah diluluskan untuk dibuat perolehan secara rundingan terus, namun Surat Setuju Terima belum dikeluarkan.