Banjir: Pengusaha inap desa rugi hampir RM10,000
Iklan
Gambar hiasan
KOTA BHARU - Berikutan hujan lebat berterusan dan banjir melanda di Kelantan, beberapa pengusaha rumah inap desa mengalami kerugian hampir RM10,000 kerana menanggung kerosakan harta benda dan sebagainya.
Zalma Zakaria atau lebih dikenali Cheqma, 51, berkata, hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan rumah inap desa yang diusahakannya sejak tahun lepas di Kampung Chekok, Pengkalan Chepa ditenggelami air hingga paras paha.
Iklan
Iklan
"Malah, saya terpaksa membatalkan tempahan pelanggan bermula 19 hingga 27 Dis kerana keadaan rumah inap desa saya masih perlu dibersihkan dan dibaik pulih terlebih dahulu," katanya ketika ditemui Bernama, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Zalma berkata, rumah inap desanya sebelum ini tidak pernah dilanda banjir dan ia adalah kali pertama berdepan situasi sedemikian.
Iklan
Sementara itu, bagi Nazirah Johar, 46, pula berkata, walaupun rumah inap desanya di Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa tidak dinaiki air namun beberapa pelanggan terpaksa membatalkan tempahan berikutan kediaman mereka dilanda banjir.
"Rumah inap desa saya sudah beroperasi hampir empat tahun dan selalunya bulan Disember tempahan telah penuh diambil oleh pelanggan.
Iklan
"Tetapi kali ini saya rugi hampir RM3,000 sebab ada beberapa pelanggan tidak dapat datang untuk menginap kerana banjir dan laluan akses untuk keluar dari rumah mereka dinaiki air," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>