Korea Utara bakal lancar satelit pengintip

Iklan
Sebuah satelit membawa satelit eksperimen dilancarkan dari Tapak Pelancaran Satelit Sohae di Tongchang-ri. - AFP

SEOUL - Media Korea Utara (KCNA) melaporkan bahawa negara tersebut sedang menjalankan 'ujian fasa terakhir' untuk membangunkan satelit pengintip yang bakal disiapkan menjelang April 2023, lapor Channel News Asia (CNA).

Laporan yang disiarkan sehari selepas Korea Selatan dan Jepun melaporkan pelancaran dua peluru berpandu jarak pertengahan oleh Pyongyang ke timur laut negaranya.

Iklan
Iklan

Menurut KCNA, Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Kebangsaan (NADA) Pyongyang menjalankan ujian di stesen pelancaran satelit di Sohae di barat laut bagi mengkaji keupayaan pengimejan satelit, penghantaran data dan sistem kawalan darat.

"Kami mengesahkan penunjuk teknikal penting seperti teknologi pengendalian kamera dalam persekitaran angkasa lepas, pemprosesan data dan keupayaan penghantaran peranti komunikasi, penjejakan dan ketepatan kawalan sistem darat," menurut jurucakap NADA.

Iklan

Jurucakap tersebut menggelar ujian itu sebagai 'proses pintu masuk terakhir untuk pelancaran satelit peninjau' dijangka siap pada April.

Selain itu, KCNA mengeluarkan gambar hitam putih resolusi rendah ibu negara Korea Selatan dan bandar pelabuhan berdekatan Incheon yang diambil semasa pelancaran pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, Martyn Williams dari felo di Pusat Stimson yang berpangkalan di Washington berkata, teknologi kamera Korea Selatan tidak boleh melakukan fungsi pengimejan biasa yang dilakukan satelit komersil moden yang digunakan dalam projek 38 North, menawatkan imej pada 50 sentimeter (cm) atau 30 cm.

"Pada resolusi 20 meter, satelit itu hanya dapat melihat bangunanan, kapal dan pesawat kecuali kenderaan, orang ramai atau jentera lain.

"Gambar menjadi sangat kasar dan tidak berguna untuk membuat sebarang penentuan mengenai apa berlaku di lapangan," katanya. - Agensi