ECRL kurangkan jurang pembangunan di Pantai Timur
Iklan
Ahmad Amzad (tiga kanan) pada Majlis Pelancaran Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera Tahun 2019 di sini, hari ini. (Gambar kecil: Ahmad Amzad Hashim)
KUALA TERENGGANU - Langkah kerajaan untuk meneruskan projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilihat mampu mengurangkan jurang pembangunan dan ekonomi antara wilayah, khususnya di Pantai Timur.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, wakil rakyat dari Pantai Timur antara yang paling lantang menyuarakan agar projek ini diteruskan demi pembangunan dan kemajuan negeri yang terlibat.
Iklan
Iklan
"Kita kenal pasti antara punca negeri Pantai Timur ketinggalan dalam pembangunan adalah kerana kita tidak mempunyai jaringan pengangkutan yang sempurna yang menghubungkan antara wilayah-wilayah ini.
"Kita lihat ECRL ini selain daripada tujuan perhubungan, projek seperti ini boleh menjadi katalis yang penting untuk pembangunan. Paling penting, pelaksanaannya perlu melibatkan sebanyak mungkin penglibatan tempatan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) Tahun 2019 di Batu Buruk Driving Academy (BBDA), di sini semalam.
Ahmad Amzad turut berterima kasih kepada kerajaan kerana meningkatkan penglibatan kontraktor tempatan dalam ECRL kepada 40 peratus daripada keseluruhan kerja-kerja awam, berbanding hanya 30 peratus sebelum ini.
Iklan
Jelas beliau, ia satu perkembangan yang baik dan mengalu-alukan langkah sedemikian yang memberi manfaat kepada rakyat secara terus.
"Saya sendiri dapat melihat gambaran jajaran seperti mana yang diumumkan, yang mana jajaran untuk Terengganu tidak berubah banyak. Saya difahamkan, ada pengurangan daripada segi bilangan stesen, tapi ia boleh diterima.
"Ia masih boleh ditambah pada masa depan sekiranya ada keperluan. Jadi, saya rasa bagi pihak rakyat Terengganu, kita berterima kasih kerana sekurang-kurangnya ini adalah berita positif kepada semua pihak.
"Saya berpandangan, projek ini jangan berasaskan untung rugi projek itu sahaja, tapi perlu lihat kepada limpahan yang berkaitan dengan keuntungan daripada aspek lain, seperti peningkatan nilai hartanah dan sebagainya,” katanya.
Katanya lagi, walaupun kos ECRL turun sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion, pihaknya mengharapkan agar aspek keselamatan, standard serta perkara berkaitan terus diberikan keutamaan.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.