4 anggota polis maut serangan hendap di Pakistan

Iklan
Bulan lalu, enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap yang didakwa didalangi Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) di Lakki Marwat. - Foto AFP

KARACHI - Sekurang-kurangnya empat anggota polis terbunuh manakala empat lagi cedera dalam serangan hendap yang menyasarkan balai polis di barat laut Pakistan, lapor Agensi Anadolu pada Ahad.

Serangan itu berlaku di daerah Lakki Marwat di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkwa, berhampiran Afghanistan.

Iklan
Iklan

Beberapa insiden serupa turut dilaporkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang balai polis Burgai dari dua arah berbeza pada lewat malam Sabtu.

Iklan

Penyerang menggunakan bom tangan dan pelancar roket, hingga mengakibatkan empat anggota polis maut di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera parah.

Operasi menjejaki penjenayah sedang dijalankan.

Iklan

Terletak 207 kilometer dari ibu kota wilayah Peshawar, Lakki Marwat kini menjadi sasaran baharu militan.

Bulan lalu, enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap yang didakwa didalangi Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) di Lakki Marwat. - Bernama